top of page

OBJEKTIF

Objektif utama program ini adalah untuk:

a. Menambahkan minat pelajar memahami Matematik dan Sains dalam pelbagai bentuk aktiviti dan permainan.

b. Meningkatkan aktiviti pemerkasaan kompetensi modal insan dan kepimpinan pelajar yang dilantik menjadi jawatankuasa program.

c. Mengukuhkan lagi perhubungan dan jaringan di kalangan warga PBU dan sekolah seluruh Pulau Pinang serta industri yang menawarkan aktiviti STEM.

PENGENALAN PROGRAM

Program STEM adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Balik Pulau dengan tujuan utamanya adalah untuk menarik minat pelajar mendalami ilmu Matematik dan Sains secara hands-on dan permainan. Pada tahun 2022 ini, program STEM yang dianjurkan adalah bertemakan kepenggunaan.

​

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Marble Run Innovation dimana pelajar perlu menggunakan bahan recycle seperti kotak, botol, straw dan lidi untuk membina landasan. Pelajar perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk membina landasan yang stabil, unik dan menarik. Selain itu, terdapat juga E-kuiz Pengguna yang menggunakan platform Quizizz, terbuka kepada semua pengunjung manakala Pertandingan Mewarna bertemakan kepenggunaan terbuka kepada pelajar sekolah rendah tahap 1.

 

Aktiviti lain adalah Doodle Art Challenge, terbuka kepada pelajar sekolah rendah tahap 2 dimana pelajar perlu membina objek menggunakan 3D Doodle Art Pen. Selain itu, permainan papan Mathable untuk pelajar sekolah menengah akan menjadi salah satu aktiviti menarik yang akan meningkatkan lagi minat pelajar dalam subjek matematik. Di samping itu, terdapat juga permainan indoor games yang menarik dan STEM Cube Challenge terbuka kepada semua pengunjung yang datang.

 

Karnival ini juga bakal disertai oleh Penang Science Cluster yang akan mengadakan pameran STEM seperti robotik. Perancangan dan inisiatif yang dilakukan adalah sejajar dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2015-2025 ke arah mewujudkan dan melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang serta mengetengahkan kecemerlangan bakat. Penganjuran program ini akan melibatkan penyertaan daripada pelajar Politeknik Balik Pulau, sekolah-sekolah di seluruh Pulau Pinang dan industri yang terlibat dengan aktiviti STEM.

bottom of page