MARBLE RUN INNOVATION
SYARAT-SYARAT
-
Terbuka kepada semua pelajar SEKOLAH MENENGAH seluruh negeri Pulau Pinang SAHAJA.
-
Pendaftaran penyertaan mestilah dibuat SEBELUM atau PADA 16.09.2022
-
Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada TIGA (3) orang pelajar untuk satu kumpulan
-
Masa untuk penilaian dan pengujian untuk setiap kumpulan adalah 8 minit dengan 2 kali percubaan.
-
Binaan mestilah terdiri daripada (a)landasan (penggunaan KERTAS/ KOTAK/ BOTOL/ STRAW/ LIDI TERPAKAI yang dibawa sendiri), (b) tapak (POLISTERIN yang akan disediakan oleh penganjur) dan (c) kenderaan (GULI yang digunakan untuk melalui landasan semasa pengujian).
-
Produk inovasi mestilah dibangunkan semasa hari pertandingan djalankan.
-
Peserta perlu membawa sendiri keperluan untuk membina landasan (seperti gam, tali dan sebagainya) semasa hari pertandingan.
-
Penyertaan adalah percuma.
-
Keputusan adalah muktamad.
PARAMETER PERTANDINGAN:
-
Peserta diberi masa 60 minit untuk menyiapkan hasil inovasi sebelum penjurian dijalankan.
-
Hasil produk inovasi mestilah terdiri daripada KERTAS/ KOTAK/ BOTOL/ STAW/ LIDI TERPAKAI SAHAJA
-
Pasukan akan diberi dua kali cubaan untuk melepaskan guli pada landasan yang dibina.
-
Peserta perlu menyediakan landasan diatas tapak yang disediakan penganjur.
-
Landasan perlu direka supaya guli boleh bergerak dari titik permulaan hingga garisan penamat dalam jangkamasa 25 saat hingga 45 saat.
-
Penjurian dibuat berdasarkan panjang landasan dihasilkan, masa yang diambil oleh guli melalui landasan tersebut dan keunikan pada landasan yang dibina.
-
Ketinggian landasan mestilah 100 cm daripada tapak polisterin yang disediakan.
PARAMETER PEMBINAAN:
-
Landasan mesti dibina di dalam keluasan tapak yang disediakan oleh penganjur.
-
Landasan dibina menegak dengan ketinggian 100 cm daripada tapak.
-
Guli atau bola ping pong boleh dicapai dan diambil secara menegak dengan menggunakan tangan pada mana-mana bahagian landasan yang dibina.
-
Guli yang diuji mestilah bergerak dengan menggunakan tenaga keupayaan graviti yang terdapat semasa di kedudukan garisan permulaan.
-
Guli mesti bergerak ke seluruh bahagian landasan yang dibina.
-
Peserta perlu melabelkan satu garisan penamat pada trek yang dibina.
-
Satu mekanisme yang selamat untuk memberhentikan guli perlu dibina selepas garisan penamat.
-
Landasan komersial (seperti Hot Wheels, trek Brio, atau Space Rail), magnet, elektromagnet dan peranti elektronik tidak boleh digunakan untuk mana-mana bahagian roller coaster itu.
-
Bonus Gap: Landasan boleh dibina dengan jumlah yang tidak terhad Gaps. Gaps ditakrifkan sebagai span terbuka tanpa landasan bahawa kenderaan itu mesti lulus untuk meneruskan larian. Gaps mesti mempunyai span mendatar sekurang-kurangnya 5.0 cm mana kenderaan bergerak sepenuhnya yang tidak disokong dan tanpa landasan di bawah untuk mendapatkan mata bonus. Sehingga 5 Gaps berbeza boleh mendapatkan mata bonus dan mesti dilabelkan dengan jelas.
-
Peserta mestilah dapat menjawab soalan mengenai reka bentuk, pembinaan dan operasi peranti semasa pertandingan berlangsung.
​
​
HUBUNGI KAMI
En. DInil Haq - 0194425161